Tuesday, October 7, 2008

I MISS U ALL












salam sayang untuk semua. dah lama nya tak jenguk blog ni.. fg juga lah yang selalu tertanya tanya mana pergi nya penulis blog ni.. bukan taknak tapi dengan kesibukan dan kemeriahan hari raya buat kita tak sempat nak jenguk di sini. ni tak leh jadi ni nanti marah lah pulak kawan kawan kita tu..kita masih puasa hari ni dah 3 hari puasa 6. seronok la pulak bila orng lain makan kita masih cool puasa. bukan apa saja untuk merasa kemeriahan puasa 6. bukan senang nak dapat puasa yang penuh dengan pahala ni.. inshallah panjang umur tahun depan kita baru dapat buat semua tu lagi.. inshallah...ni sekarang pulak tengah pening dengan anak anak. dua dua nak ambik exam.. dia orang yang nak exam kita pulak yang penuh dengan butterfly dalam stomach ni.. takut pun ada seram pun ada dan yang paling mengerunkan ialah bila dapat result esok. ok ke anak anak ku itu, entah lah doa je lah .. dia orang cool macam tak ada apa apa yangnak di risaukan.. hmm boys...ni nak cerita.. FG dan tok janggut jangan marah ek.. hari tu kita siap bergambar dengan siti nurhaliza lagi datang beraya dekat rumah akak kita.. dengan datuk k. hmm hansom bergayanya datuk k dengan misai yang lebat tu. hahahahah.. nanti lah kita foward kan gambar tu dekat awak ek Fg. nanti tolong lah masukan gambar tu dalam blog kita ni.. ampun FG sampai sekarang masih lagi tak tau macam mana nak upload gambar dalam ni. nak kata buta it.. akak rasa akak ni ok lah juga tapi dalam bab bab ni rasanya awak lah yang paling canggih.. tak leh nak challenge ek.. akak tabik awak ler. bila lah rasanya nak jumpa awak awak ni semua ni.. dah rasa sunyi juga lah sebab dah lama rasanya tak jumpa u all.. rindu lah pulak.. hai... itu lah namanya kawan ek.. terasa pulak kita ni dah semakin jauh dengan sahabat andai.. betul kata orang bila kita far apart baru lah kita tau betapa kita miss seseorang tu ek. sekarang ni saya rasa macam tak ada kawan lah ada pun orang orang muda ni.. tak best macam kawan kawan kita yang dah bertahun kita kenal tubergurau senda kata mengata. hahahah betul ek.. kejab kejab sindir si kak naz tu.. terasa lah pulak dia tu nanti.. then kecap hangin satu badan.. tapi last last ok lah juga dia.. itu lah kawan yang akak rasa seronok dapat kenal u all selama ni.. dengan awak pulak kejab ok kejab mereng hahahahaha jangan marah ek FG saja nak kenakan awak je.. tapi sekarang dah ok sikit.. mungkin bila umur dah meningkat kuranglah sikit bengis tu.. kehkeh keh......

Monday, August 18, 2008

bercerita dengan ayin

Isnin 18.08.08 - 9.15 bercerita bersama ayin.. kesayangan.....



salam semua.. ni baru balik dari office. tak terkejar masa betul.. meeting meeting meeting.. tapi tabahkan hati juga. hari ini dua orang kata benda yang sama.. sabar lah .. relax. benda baru memang macam ni.. this chinese guy cakap .. why so sad your face lah..i cakap lah banyak mau buat lah .. dia cakap tak pa lah u baru mau start memang macam ni.. then kita sengih je.. lepas tu ada vendor kita bawak jalan jalan tengok tempat dia pun cakap macam tu juga. sbar lah kak benda nak start ni memang lah selalu memenatkan. rasa macam tak cukup nafas je.. tapi betul juga kata mereka ni.. bila dah jalan smooth esok esok kita juga yang akan rasa bangga.. ni lah hasilnya.. betul ke.. cuma sekarang ni.. tengah buat yang terbaik mungkin.



tapi ok lah dah 80 peratus dah nampak hasilnya. apa pun dugaan yang datang.. kita terima lah dengan hati yang tabah.... betul kan.. lepas sembahyang kita doa pada tuhan.. biarlah segalanya berjalan lancar. supaya kita dapat merasai nikmatnya dikemudian hari..



nasib baik tak ada klass tution. kalau tidak itu lah kerja kita. keluar office 7.30 ambik dia orang then kita hantar ke tempat tution. then balik mandi solat dan relax kejab .



ayin dah pandai google internet ni.. tapi nak kena tengok juga takut dia gi site yang bogel bogel tu.. hmm mana tau kan.. dia sengih ni.... tak pe kalau dapat tangkap siap dia kena gulai nanti hahahaha



ok lah nanti kita sambung lagi.. nak rest lah.. esok esok kita tulis lagi ok ayin... .

Monday, August 4, 2008

PENATNYA TERASA

dah almost sebulan rasanya tak update blog.. hmmm letihnya terasa bila memulakan sesuatu yang baru.. takut pun ada .. risau pun ada.. tapi seronok yang lebihnya... masa tak cukup.. sana tengok sini nak jaga.. itu nak buat itu nak bega... rupanya begini lah rasanya memegang tanggungjawab yang besar ni..

tetapi bila dah 60 % siap di depan mata.. raas kagum.. rasa seronok.. rasa berbaloi penat lelah selama ni.. rumah hanya mengambil 5 -10 minit sampai tapi sampai rumah tak pukul 8 atau 9 tak sah.. itu lah hakikatnya... makin dekat makin lambat lah pulak sampainya..

benda baru ni... memang jauh dari apa yang selalu dibuat.. tak terfikir nak buat semua benda ni.. selalu tengok orang kehulu ke hilir.. ni time kita pulak yang kena buat semua tu.. baru tau betapa penatnya semua ni.. nak kata dah kurus tak juga kurangnya sama je.. hahahahah.. tapi am trying my best to loose down ... kalau tidak mana patutnya dah lah tempat ni namanya klinik kesihatan.. staff sendiri gebu..... am trying my best... yes really.. tapi kekadang tak terbuat mana tidaknya.. dengan harry boy dan RA yang selalu je ajak g makan.. gi minum.. ... ....

Wednesday, July 9, 2008

harus kah kita rasa begini.......

haruskah kita rasa marah ...bila apa yang kita kata orang buat tak tau

haruskah kita rasa geram ...bila apa yang di nasihat di ketepikan begitu sahaja

haruskah kira rasa sakit hati ...bila apa yang kita kata tak pernah di dengari

haruskah kita rasa terkilan ...bila apa yang kita kata di putar belitkan...

haruskah kita rasa sedih ...bila apa yang kita kata dicemari dengan kata kata nista

haruskah kita rasa menyampah ...bila apa yang kita kata tidak pernah diambil kira........

HARUS KAH......

Thursday, July 3, 2008

PENGALAMAN


Dalam kesibukan kesana kemari.. dari hari ke hari... berbagai msalah datang.. dengan keperitan yang ditanggung dalam kehidupan harian ni.. satu persatu ia datang berbaris.. menunggu giliran untuk keluar menjelma menjenguk... dalam hati terdetik seketika.. merenung apa kah semua ini akan berakhir.. atau akan menghantui kehidupan seharian ni.. banyak persoalan yang timbul dalam naluri, pertanyaan, kenyataan dan sebagainya. Daripada itu pula ada satu dua yang betul betul menampakkan kedewasaannya dalam memberi pandangan nasihat dan kata kata. Perbezaan usia perbezaan cara perbezaan kata kata amat menyenangkan hati dalam pada itu pula dari sini lah dapat kita nilai sejauh mana keikhlasan hati seseorang itu.. walau bertahun-tahun cuba menyelami hati budi sehingga kini baru nampak dan rasa di mana letaknya kejujuran hati seorang itu. Erti kata lain selama mana pun pergaulan kebiasaan namun masih ada kekurangan yang amat nyata dalam empunya diri itu....walau banyak benda telah menjadi kebiasaan selama bertahun tahun lamanya banyak janji janji yang dikatakan namun tidak ditepati..di perhatikan saja selama ini.. ternyata janji janji yang dinyatakan hanya lah mainan bibir hanya untuk menyedapkan lagi perbualan.....

Sunday, June 29, 2008

PANTANG.....












BERPANTANG topik hangat minggu ni....... .terpulang pada definasi masing masing........ada yang ikut ada yang tak ikut.. atau ikut suka .... yang mana satu pilihan hati.... bukan senang nak ikut.. tapi kena buat lah mana yang patut... tak suka tak yah buat !!!.. kalau suka buat lah.. mana mana pun boleh........ berkata2 lebih nanti orang tak suka!!!!. tak kata pulak nanti kata tak ambik bicara.... hai pening pening.. yang ni pulak suka sangat bagi nak nasihat kat orang.... yang tu pulak bagi nasihat sampai marah marah.. yang sorang tu marah sampai tak berkata-kata...sakit ati...apa pun tujuan sebenarnya .. bukan dengki... bukan marah.. bukan menyampah... sayang pada tuan punya diri yang kena nasihat.. so terpulang pada pemikiran masing masinglah.. berbincang bertelagah.. semua untuk tujuan.. nasihat membina.. untuk kawan-kawan tersayang... tak kira apa jantina.. boleh nampak masing masing sayang menyayangi antara satu sama lain.. dari situ mungkin nampak keikhlasan hati budi kawan kawan yang telah sekian lama digauli...... walau kekadang hati pedih bagai ditusuk sembilu yang tajam .. tapi nada perkataan tu sebenarnya hanya tujuan untuk gurauan.. tak kira pagi ke petang ... tak sangka selama ni ..... .beginilah rupanya kawan kawan sekeliling yang ada ...tapi bila sampai waktunya.. sorang sorang pergi meninggalkan kebiasaan setiap pagi.. untuk tujuan yang baru......

Thursday, June 26, 2008

USIKAN MANJA DI PAGI HARI........


Haiii... pagi pagi lagi dah tersenyum kita ... mana tidaknya.. FG ni ramai peminat sebenarnya.. tapi peminat sorang ni.. tak tau lah.. geram ke.. apa ke dekat si FG ni.. mana tidaknya dengan gebu nya yang menyerlah .. rambut yang ala ala ikal mayang ni.. mana tidaknya yang sorang tu .. ashik suka meleseh-leseh dengan dia.. tersipu sipu pulak lah fg ni .. kena peluk..... haa ye depan mata kita ni.. sampai borang yang nak diisinya tu dia tak ingat.. FG..FGg.. tulah .. "Kegebuan" awak tu bikin hati gundah gulana.. mana tidaknya sampai orang nun jauh di johor selatan tu TAK NAK lepas kan awak sampai kini..
Suka sebenarnya usik FG ni.. tapi hati hati kalau angin nya naik jangan lah tegur. For sure kena laser yang tajam macam pisau tu ..kalau tak tahan berjurai lah air mata.. pilu hati terasa ... Bila cerita bab ni.. dolu dolu tu.. siap lah 'R.A' 'R.A' baru ke budak practical ke kalau tak nangis dia orang tu .. tak sah.... tapi sebenarnya hati FG ni BAIK.... bukan semua orang faham kawan kawan tertentu je yang boleh ikut rentak dia.. walau apa pun orang nak kata FG ni dah macam adik beradik anjing dengan kita ni.. lain mak lain bapak... sebab ada satu ketika tu nak dijodohkan mak kita dengan bapa dia. hahahahah cuma tak kesampaian je... hai FG hari ini awak jadi topic utama kita lah pulak ye.. .... ......